Dealer


Peluang Menjadi Usahawan Emas

Public Gold International Sdn Bhd menawarkan peluang kepada individu atau syarikat yang berminat, untuk menjadi agen Public Gold dengan modal yang sangat berpatutan. Berdasarkan pengalaman, peluang yang ditawarkan ini adalah sangat menarik dan perlu direbut secepat mungkin.

Sedikit Imbasan tentang Public Gold

Pada bulan November 2008, dalam satu artikel, Public Gold telah menawarkan peluang kepada individu, syarikat dan koperasi untuk menjadi agen mereka.

Namun ketika itu modal yang diperlukan adalah tinggi, iaitu sekitar RM250,000. Ianya sedikit sebanyak menjadi halangan kepada mereka yang berminat untuk menceburi perniagaan emas yang sangat menguntungkan ini.

Selepas itu Public Gold menawarkan untuk menjadi agen dengan pembelian 1 set bar & coin (100g, 50g, 20g, 50g (coin), 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar) secara automatic anda akan menjadi agen.

Sekitar awal tahun 2010, harga satu set emas ini nilainya belum mencecah RM40,000. Murah lagi kan?

Namun, pada pertengahan tahun 2010 sehingga kini, Public Gold telah menawarkan dengan hanya bermodalkan RM20,000.00 sahaja anda boleh bergelar Usahawan Emas!

Modal sebanyak RM20,000 tersebut adalah untuk pembelian mana-mana produk Public Gold:
a) Emas 999 Public Gold (10g, 20g, 50g, 100g, 250g)
b) Emas 916 Public Dinar (1 Dinar, 5 Dinar, 10 Dinar)
c) Perak 999 Public Silver (250g, 500g, 1kg)
d) Emas 916 Public Jewellery – Emas perhiasan

Variasi produk yang ditawarkan


Modal tersebut adalah sangat rendah bagi perniagaan emas ini dan ia adalah satu peluang 'keemasan' yang perlu dimanfaatkan.

Dengan menjadi agen Public Gold, anda boleh membeli dan menjual produk-produk keluaran Public Gold seperti di atas.

Kesemua produk Public Gold adalah emas pelaburan. Senang dijual. Kalau di simpan saja pun, sangat menguntungkan juga!


Kelebihan menjadi agen Public Gold

1. Pasaran / Permintaan
- Produk Public Gold amat senang dijual ini kerana Public Gold menjual emas pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga kedai emas.  Perbezaan diantara harga belian dan jualan sekitar 5% - 6% adalah sangat kecil (spread harga).

2. Keadaan produk emas
- Emas Public Gold tetap diterima walaupun calar dan bengkok, asalkan beratnya tetap sama. Inilah kelebihan kepada pembeli emas Public Gold.

3. Stok 
- Mudah untuk mendapatkan emas Public Gold mudah. Dengan wujudnya cawangan-cawangan hampir di setiap negeri, ianya memudahkan lagi pembeli mendapatkannya di seluruh Malaysia. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh membeli dari Public Gold.

4. Promosi
- Public Gold memberikan pamplet percuma kepada agen-agen baru bagi memudahkan agen membuat promosi.
- Selain itu nama-nama agen juga akan dipaparkan di dalam website Public Gold.

pamplet
Pamplet dan brochure syarikat

Nama dealer dipaparkan di laman web Public Gold

5. Komisyen.
- Setiap hasil jualan akan dibayar komisyen oleh Public Gold dengan 1% - 2%.
- Menariknya, apabila kita membuat jualan semula, agen-agen juga tetap mendapat 0.5% komisyen.

Namun begitu jika anda bijak mengatur strategi, maka anda boleh mendapat keuntungan yang lebih tinggi seperti 5% ke 6% untuk setiap jualan dan belian yang dipanggil trade in.

Strategi ini akan ditunjukkan kepada yang berminat menjadi agen.

Selain itu, agen akan diberikan teknik-teknik lain untuk memaksimakan keuntungan perniagaan emas ini.

Tiada target Jualan Bulanan

Ini merupakan kelebihan yang membezakan Public Gold dari skim-skim dan juga syarikat jualan langsung yang ada di luar sana iaitu tiada target jualan bulanan. Anda akan dapat komisyen berdasarkan nilai jualan emas anda.
Kalau jual 1 dinar pun tetap akan dapat komisyen jualan.


Kesimpulan

Bagi saya, ini adalah satu peluang yang sangat baik bagi anda memiliki perniagaan emas sendiri.

Jika anda mempunyai modal dan juga keinginan untuk mencari perniagaan yang menguntungkan, maka menjadi agen Public Gold merupakan pilihan yang baik. Bukan sekadar mendapat keuntungan, namun ini adalah peluang bagi anda untuk berkongsi ilmu berkenaan kepentingan emas dengan masyarakat di luar sana.
Anda untung, mereka pun untung.


Jika berminat, terus hubungi saya

Jika anda berminat menjadi agen Public Gold, anda boleh hubungi saya dengan mengemukakan pertanyaan melalui e-mail atau terus telefon @ sms dan juga boleh meletakkan di bahagian komen.

Saya amat gembira sekiranya dapat membantu anda menjadi usahawan emas yang berjaya.

Apa tunggu lagi, rebutlah peluang ini sekarang! Mulakan langkah pertama anda sebagai usahawan emas! 
All the best!