Oct 2, 2011

Jangan panik harga emas turun


Assalamua’alaikum para pembaca sekalian.. diharapkan anda semua sihat ceria..


Sepanjang bulan September merupakan tempoh yang mendebarkan bagi pelabur dan peniaga emas termasuklah saya sendiri, sampaikan tidak sempat mengemaskini blog. Ini kerana dalam bulan ini sahaja, harga emas mencatatkan rekod harga tertinggi dalam sejarah dan juga penurunan ataupun kejatuhan harga yang agak mengejutkan walaupun telah diramal.

Rekod kenaikan harga tertinggi dan kejatuhan merudum

Hakikat bahawa harga emas ada naik turun telah terbukti. Ini kerana emas tidak terkecuali dari fitrah alam  semulajadi. Bagi pelabur emas, semasa harga turun pun Alhamdulillah masih boleh tersenyum kerana masih boleh membuat keuntungan. Tentu ramai yang tertanya-tanya betul ke boleh untung? Jawapannya : Ya. Dengan menggunakan teknik pajak.

Setelah harga emas mendaki hingga ke puncak pada 22 Ogos yang lalu, ia telah mencatatkan kenaikan yang menakjubkan sekitar 44% dalam tahun 2011 dan walaupun selepas jatuh terguling-guling baru-baru ini, logam bernilai tersebut masih 22% lebih tinggi daripada harga Januari 2011.


Laporan akhbar yang merisaukan orang ramai


Melalui pemerhatian dan bacaan dari penganalisis pasaran, di sini saya senaraikan beberapa faktor penyumbang ke arah kejatuhan harga emas.

  1. Teknikal Pasaran
Memandangkan kenaikan pantas emas dan perak pada separuh pertama 2011, harga logam tersebut terpaksa mengalami pembetulan atau istilah yang tepat ‘correction’. Pasaran tidak pernah naik dalam garis lurus dan seringkali pergerakan menurun terbesar berlaku dalam setiap trend harga menaik. Pergerakan mendadak ini adalah perkara biasa dalam emas, terutamanya dalam tempoh jangka panik kewangan yang berlaku secara global.

  1. Risiko kemelesetan
Peranan spekulasi amat besar dalam gelombang arus ekonomi dunia. Spekulasi bahawa perubahan dramatik dalam keperluan terhadap keuntungan segera sengaja dirancang untuk melemahkan keyakinan dalam emas sebagai aset pelindung nilai yang selamat. Walaupun emas boleh diramal jatuh di dalam keadaan sebegini namun sekiranya kemelesetan ekonomi berlaku berkemungkinan akan disertai oleh inflasi yang tinggi dan risiko kejatuhan mata wang. Bagi pelabur yang memahami logik ini, logam berharga masih lagi sangat menarik.

  1. Kecairan wang
Keperluan terhadap kecairan wang segera bagi pelabur gergasi global juga memainkan peranan. Ini kerana untuk mengimbangi kerugian yang telah dialami dalam pasaran ekuiti dan saham yang mengalami kejatuhan teruk dalam bulan Ogos. Dalam erti kata lain, pelabur gergasi hanya cuba untuk menutup lubang  mereka tidak melabur untuk jangka masa panjang.

  1. Kekuatan matawang Dollar US
Berdasarkan rekod-rekod yang lepas, mata wang Dollar Amerika Syarikat (USD) telah mendapat kekuatan di ambang kelembapan ekonomi. Ini telah meletakkan tekanan pada harga komoditi khususnya logam emas dan perak. Namun pakar ekonomi percaya bahawa kekuatan dolar adalah satu fenomena sementara selagi AS tidak mampu menyelesaikan krisis hutang yang bernilai trillion dolar.

  1. Campur tangan bank pusat
Bank-bank pusat negara gergasi ekonomi telah lama malu dengan harga emas yang mendedahkan penurunan nilai mata wang mereka secara diam-diam. Bank-bank pusat negara penghutang utama dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) melalui campur tangan IMF sendiri telah diminta untuk mengawal turun naik pasaran semasa demi menghapuskan persepsi bahawa logam emas dan perak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang unggul.

Walaupun harga emas jatuh, namun ini tidak merisaukan penyimpan dan peniaga emas fizikal kerana masa inilah peluang terbaik untuk menambah stok. Sama-samalah kita memanfaatkan peluang yang ada sekarang dengan membeli emas sebelum peluang keemasan ini terlepas begitu sahaja apabila harganya kembali mendaki ke puncak, dan masa itulah timbul penyesalan, "kenapalah tak beli masa harga rendah baru ni?"


Bertindak sekarang!

No comments:

Post a Comment